Sunday, January 11, 2009

Zulfahmi & Nurul Asmida


RAIKAN CINTA RAJA SEHARI antara Zulfahmi & Nurul Asmida merupakan 1st job MR DE kat semenanjung Malaysia. Perkahwinan ini berlangsung kat Taiping, Perak dan time ni juga adalah pertama kali MR DE memijakkan kaki kat sini. Pada masjlis ini juga MR DE telah memperolehi jentera yang "complete" sebab time ni MR DE da ada externel flash model Sony F58am yg banyak membantu dalam sesi indoor photography. Selain drpd pengalaman pertama tiba kat sini, ni jg merupakan pengalaman pertama dpt bekerjasama ngan photographer professional daripada Anjung Amie.... Thank a lot for kak Nor & abg Mat Nor yg banyak memberi tunjuk ajar dlm dunia photography ni..

Pertemuan MR DE dengan pengantin lelaki merupakan satu pertemuan secara kebetulan semasa temuduga Penologn Pegawai Penguatkuasa JPJ namun kami berdua gagal dlm ujian fizikal tersebut. Sebaik sahaja ujian tersebut selesai, Zulfahmi telah menghantar MR DE pulang dan semasa dlm perjalanan tu lah MR DE mengofferkan diri tuk jadi photographer buat Zulfahmi... MR DE tiba di Perak 3 hari lebih awal daripada hari persandingan tersebut dan time ni jg la MR DE dapat beramah mesra dgn family Zul dan membawa kepada penemuan keluarga angkat kat sana.... Shooting dijalankan selama 3 hari berturut2 dari Hari Pernikahan sehingga Hari Persandingan di kedua2 rumah mempelai..

Bagi MR DE apa yang menarik kali ini adalah MR DE berpeluang untuk ambik gmbr outdoor kat landasan keretapi dan juga bendang. Satu pemandangan yang cukup menarik... Terasa rindu pula kat kampung halaman sendiri.. hehehe




MR DE mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal hingga ke akhir hayat.. x ada yg lebih menarik bg MR DE melainkan dapat terus melihat pasangan mempelai ini tersenyum dan diserikan dengan CAHAYA MATA......

No comments:

Post a Comment